Tegur Yang Salah


Assalamualaikum .. 

Soalan pertama yang terbit di hati setiap kali aku terpandang, tetapi terus aku memejamkan mataku. Di hati mula tertanya,kenapa aku begitu lemah? Kenapa aku memejamkan mata setiap kali aku nampak perkara yang mungkar? Kenapa aku tidak mampu menjadi sehebat daei yang lain yang teguh berani menegur kesalahan yang ada?

Sahabatku sedang berjalan berdua-duaan dengan lelaki yang tiada hubungan, bergelak ketawa, bertepuk tampar tetapi kenapa aku membiarkan sahaja? Kenapa aku menutup mata?

Aku takut sekiranya aku menegur, diriku akan dimarah, kalau tidak dimarah sekalipun, pasti akan terputus hubungan kawan antara aku dan dia. Tetapi sekiranya aku tidak menegur, aku yang terkena penangan dosa. AH! Bagaimana!

Di dalam Facebook begitu hebat sekali aku menulis status untuk memberi kesedaran kepada orang tentang kebaikan dan menjauhi keburukan, tetapi apabila perkara mungkar ini berlaku di hadapan aku, aku hanya memejamkan mata. Pengecutnya kau!

Sekali lagi aku cuba menguatkan diri untuk menegur, tetapi ternyata aku tiada daya, lalu aku hanya mampu berdoa di dalam hati supaya mereka mendapat hidayah, mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman. Tetapi bukan dia sahaja yang aku tidak mampu tegur,tetapi orang lain juga aku tidak mampu menegur malah aku menutupkan mata. Terasa lemah diri ini apabila hanya mampu mencegah dengan hati.

Tetapi pada suatu hari, aku terdengar ceramah daripada seorang ustaz, katanya:

" Orang yang buat salah kadang-kala tidak sedar mereka berbuat salah, jadi siapa yang perlu memberi kesedaran kepadanya? Itulah kita, sahabat yang sentiasa memberi peringatan kepada sahabat kita. Kalau kita tidak tegur, samalah dengan kita menggalakkan dia membuat dosa. Berdosa tu! "

Tersentap sebentar kerana aku tidak sedar bahawa selama aku telah memejamkan mata, aku tidak sedar bahawa aku juga berdosa kerana membiarkan sahabat aku digelumangi dosa.

Ya sahabat, sekiranya aku menegur, janganlah engkau terasa, sesungguhnya aku amat menyayangi dirimu. 

Sekiranya aku menegur mengenai auratmu, janganlah kau marah kerana menutup aurat itu wajib bagi semua.
Sekiranya aku menegur kamu mengenai pergaulan bebas, janganlah engkau marah kerana aku cuba untuk menjauhkan dirimu daripada menghampiri zina,
Sekiranya aku menegur mengenai peribadimu, janganlah engkau marah kerana aku juga mahu engkau menjadi baik.

Aku juga mahu ke Jannah! Kali ini, aku tidak akan memejamkan mataku lagi. Aku akan menegur selagi mampu. Aku mahu ke syurga :)

1 ulasan:

Nurul Afifah berkata...

insyaAllah boleh..doa lah mintak pada Allah..saya pon tak berani sgt tapi sama-sama la kita usaha ye!

p/s : jemput join segmen pertama kami :D

http://afifahaddnan.blogspot.com/2014/11/segmen-blogwalking-bersama-afifahaddnan.html

Domo-kun Cute